Thursday, 21 April 2016

Jenayah Komputer

Jenayah Komputer dan Siber 



Jenayah komputer merujuk kepada penyalahgunaan peralatan komputer bagi merosakkan, mencuri, atau mengubah data dalam komputer bagi tujuan tertentu. Jenayah komputer sukar dibuktikan atau dikesan disebabkan kehilangan data atau penyalinan data berlaku secara maya dan tidak dapat dibuktikan secara fizikal.
Selain itu jenayah komputer juga berbeza antara satu kawasan ke kawasan lain. Tambahan lagi, perkembangan perhubungan data antarabangsa terutama sekaliinternet telah menyebabkan tugas polis menjadi semakin sukar.

Contoh-contoh jenayah siber :
  1. Penipuan
  2. Kerosakan atau pengubahsuaian keatas program atau data komputer.
  3. Kecurian maklumat.
  4. Capaian secara tidak sah keatas sistem
  5. Menyalin perisian secara tidah sah.
  6. Pengintipan
  7. Judi siber
  8. Skim cepat kaya
  9. Pornografi
  10. Penggodam atau "Hacker"
  11. Penyebaran virus

No comments:

Post a Comment